klik sini untuk bersedekah


Click here for Myspace Layouts

Tuesday, December 4, 2012

     " My heart skip skip a bit .." alunan ringtone telefon bimbitku. Tapi tidak sempat dijawab, kerana waktu itu Sumayyah sedang menghadap ilahi. Selesai saja Sumayyah menadah tangan, dia merasakan bahawa itu mesti panggilan dari Mak dari kampung. 
       
      Ya tepat sekali, Mak telefon dari kampung. Sumayyah dail no itu semula, tapi Mak tak angkat pula. 'Baik, takpela kejap lagi dia call la balik' hati Sumayyah menyapa. Ringtone telefon bimbit berbunyi lagi, lantas dijawab . 

      'Assalamualaikum, hello mak.' sapa Sumayyah . ' Wsalam, tidur ke ? kenapa tak angkat tepon?'. Soal mak kepada aku. 'Oh, akak solat tadi, kenape mak ? masak ape arini?' Balasnya. 'Ohh, masak sup ayam je, kaki ayam.'. Selamba mak membalas pertanyaanku. 'Kaki ayam ? kenapa beli kaki ayam? makanlah makanan yang sihat sikit mak. Mak ada duit ke ?' tanya ku lagi. 'Dah itu je yang murah, sekilo Rm4.50, pepaleh ( melampau dalam loghat pahang ) mahal!'. Sebak aku mendengarnya. Sedangkan siang tadi, lebih pada RM10 aku belanja. Ya Allah, permurahkan rezeki kedua orang tua ku .

     'Mak ada duit x?' soal ku kepadanya. 'hehehe, akak ada duit tak?'. Apa yang boleh aku gambarkan adalah, begitu susah hidup mak aku tanpa aku sedar. 'Akak adalah duit sikit. Kenape? mak ade beli apa-apa ke?'. 'Mak ada beli seluar baru-baru ni Rm30.00' jawab mak lagi. Jujur di hati kecil Sumayyah, memang dia tahu mak telefon sebab ingin meminta duit. 'Aku tak kisah, aku tahu itu tanggungjawab aku walaupun aku belum bekerja tetapi aku musykil, takkan RM 30 bapak tiri aku tak boleh bagi. Mana tanggungjawab dia ?' bisik hati kecil Sumayyah.

   'Mak tulis berapa mak hutang akak, jangan risau, nanti mak bayar balik. kedekut la akak ni'. balas mak kepadanya. 'Kalaulah mak tahu, akak x de niat pun nak kedekut dgn mak. Akak cuma taknak mak bagi duit kat orang yang tidak sepatutnya.' hatinya berbisik lagi. 


p/s : 

Sedangkan kita sedang hidup mewah, sehingga lupa kesusahan ibu bapa kita di kampung. jengukla mereka sekerap yang mungkin selagi mereka masih ada di muka bumi ini. Tiada istilah hutang antara kita dengan ibu bapa kita,

Bantulah ibu bapa kita, jangan sesekali kita lupakan mereka. Allah hantar kita untuk mereka dan Allah hantar mereka untuk kita, walaupun buruk atau tidak layanan mereka terhadap kita, ingat bahawa itu semua Amanat dan Ujian Allah. Senyumlah dan perbanyakkan istiqomah untuk kita sentiasa tenang mengharungi ujian-ujianNya. Insyallah. Allah itu maha mengetahui lebih dari kita ketahui. 

Assalamualaikum.


Tuesday, November 27, 2012

'him'

Assalamualaikum , Salam 13 Muharam 1434

Today I glad to share about 'him'
Who is 'him'? It is not important who is he . The important is
his attitude , his motivate . his religion and his descendant.
 It is make me feel very calm and accept all the advises.

We do not know each other, but I can feel it. 
What I feel it is not suitable to share here because I think that is a GIFTED from ALLAH s.w.t.
So, for a while I must keep this secret. Ha-ha

But the real thing that I got stuck, I do not have any feeling to anybody.
Yeah, I think that is good and very good .

So, wanna know who is He?
InsyaAllah, we will know soon. #smile.

The thing is, do not ever ever forget to make a DU'As for our future.
B E C A U S E ..
our du'a today is not for tomorrow but for the future.

Assalamualaikum.

* I am not good in English, and HERE ! I wanna try . Thank You and Sorry if my grammar is terrible. 
:)